Tuesday, November 11, 2008

霹雳州2009年财政预算案辩论演辞(4)

(怡保11日讯)民主行动党桂和区州议员黄家和律师今天在结束其2009年财政预算案辩论之前,以华语引用孟子“富贵不能淫、贫贱不能移、威武不能屈”名句,谏劝已经当权的民联不能忘本,必须保持廉洁。

黄氏指出,霹雳州州务大臣拿督斯里尼查表示,人民的期望就是要民联摒弃一切的不透明、滥权、朋党和贪污。黄氏进谏道,当权的应该拥有坚定的立场,不为任何的权力或利益所引诱,因为人民在经过51年后,对于民联的期望是十分高,民联不可以让人民失望。

黄氏同时也以阿拉伯语念出可兰经里的一项教诲结束当天的辩论,呼吁无论在朝或在野的议员,履行人民在308大选中给于的委托,以当中的涵义“共同为好善奋斗、也共同拒绝任何的不当行径”,一起为霹雳州的发展作出贡献。

霹雳州2009年财政预算案辩论演辞(3)

(怡保11日讯)民主行动党桂和区州议员黄家和律师今天在州议会中呼吁霹雳州政府关注州内的电讯塔问题,聆听人民的心声和担忧,落实一个亲民政府的理念。

黄家和表示,州政府曾经公布4家电讯公司因为在州内建立366个非法电讯塔而被罚款每个电讯塔3000令吉、一共110万令吉,但是对于财宏势大的电讯公司来说根本是九牛一毛。他说,地方政府的电讯塔指南必须获得改善、而人民咨询是不可缺乏的一环。

也是民联后座议员俱乐部秘书的黄家和说,可是摆在眼前的事实却是,电讯公司往往胆敢在没有作出任何申请的时候,就开始装置电讯塔的工作,根本就是目中无人,地方政府缺乏积极的取缔行动,也造就了电讯公司的狂大。

黄氏表示,非法电讯塔的3000令吉罚款根本起不了任何的警惕或阻止作用,州政府必须采取更严厉的行动,包括以每天罚款计算。如果一个非法电讯塔每天被罚款200令吉、366个非法电讯塔一年就能对地方政府“贡献”至少2635万令吉收入,但是为什么地方政府没有采取更严厉的行动呢?

霹雳州2009年财政预算案辩论演辞(2)

(怡保11日讯)民主行动党桂和区州议员黄家和律师今天在州议会中强烈抨击英达丽水向州子民追收排污费的做法,并表示州政府在拒绝批准排污费纳入水费单的决定,是十分明智的做法。

也是民联后座议员俱乐部秘书的黄家和表示,一些家庭每个月的水费单只是区区的6令吉,但是在排污费方面却必须缴纳高达8令吉,这对人民是十分不公平。英达丽水没有尊敬怡保高庭法官“没有服务、不可收费”的判决,反而更将其他州属的英达丽水案件带上吉隆坡推事庭,形同强迫人民缴纳排污费。

黄氏同时表示,中央政府去年通过固体废料处理法令,将承包工作给于3家私人公司,将会造成人民继英达丽水排污费后,再度必须在缴纳门牌税后的更多费用。霹雳州政府作为一个全民的政府,应该给于该法令全面的拒绝,维护人民的利益。

霹雳州2009年财政预算案辩论演辞(1)

民主行动党桂和区州议员兼民联后座议员俱乐部秘书黄家和律师于2008年11月11日(星期二)参与霹雳州2009年财政预算案辩论时所发表的演辞(1):

(怡保11日讯)民主行动党桂和区州议员黄家和律师说,霹雳州务大臣拿督斯里尼查在2009年霹雳州财政预算案中表示民联政府将不分种族、宗教以及政治理念维护全民的权益,值得赞许。

也是民联后座议员俱乐部秘书的黄家和今天参与霹雳州2009年财政预算案辩论时表示,在经过51年过后,每一个州子民都被视作为马来西亚人,人民在2008年霹雳州民联政府的领导下终于看到了一个公正、公平治国的希望。

黄氏表示,民联州政府在短短的8个月内成功将州内的赤字减低1499万或37.48巴仙,而这更是在没有提高任何税务的情况下所达致的。这也印证了在一个廉洁政府的领导下,政府可以做的有更多,而人民将能够从中获益。

黄氏表示,2009年财政预算案是一项亲民的预算案,在给于贫穷家庭首20立方米免费水的同时,也拨出6百万协助州内家庭收入少过的1500令吉的大学生、100万令吉于丧礼抚恤金、100万令吉于小型贷款、200万令吉于人民福利特别基金等等。而更值得一提的是,这些利民的政策都是在部分种族、宗教的情况下实行。

Blogging from Dewan: Dewan Speech Part 5

(e) Indah Water Konsortium dan LAP
Dalam isu pengurusan air, saya ingin merakamkan tahniah terhadap keputusan Kerajaan Negeri yang telah melaksanakan polisi pembekalan air yang membantu golongan miskin tegar di Negeri ini, yang mana dianggarkan sejumlah sebanyak 17,000 orang miskin tegar akan menikmati bekalan air percuma bagi 20 cubic meter yang pertama. Pihak saya sememangnya percaya bahawa pemberian bekalan air percuma ini, ia tidak akan menjejaskan perdapatan Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama, akan membantu mereka yang miskin.

NRW sebanyak 30% haruslah diberi pertimbangan yang lebih ketat dan kritikal, walaupun Kerajaan Negeri telah mengumumkan langkah-langkah menukarkan paip-paip yang telah lama. Matlamat dan tujuan kita haruslah menuju ke arah yang terbaik, mencapai keputusan seperti yang dicapai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, iaitu kadar NRW di bawah 15%. Dengan kadar NRW yang lebih rendah, saya sesungguhnya percaya LAP dapat memperolehi lebih avenue dan menyumbang kepada kemajuan Negeri ini dan Kerajaan Negeri juga boleh memberikan bantuan bekalan air yang lebih baik lagi kepada golongan yang miskin.

Akan tetapi, dalam isu yang berkenaan pula, Kerajaan Persekutuan pada tahun lepas telah meluluskan Water & Industry Act, Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membenarkan kemasukan bil IWK ke dalam bil air, yang mana merupakan satu tindakan memaksa Rakyat Jelata membayar bil IWK dan sekiranya Rakyat ingkar, bekalan air bolehlah dipotong.

Mahkamah Tinggi Ipoh pada tahun 2004 telah memutuskan bahawa IWK tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran sebelum ia dapat mengemukakan bukti perkhidmatan. “No service no charge” dengan izin. Prinsipal undang-undang ini haruslah dihormati oleh IWK dan juga Kerajaan yang memerintah yang telah mendapat mandate daripada Rakyat. Bolehkah kita bayangkan, bagaimanakah boleh berlakunya satu keadaan di mana, penggunaan air seisi keluarga pada kadar minimum RM6, tetapi IWK yang bertanggungjawab untuk pembetungan sahaja mengenakan bayaran sebanyak RM8 sebulan!!!

Apa yang IWK buat sekarang? Surat tuntutan, Saman Mahkamah berlayang-layang. Rakyat berasa bimbang apabila diberitahu IWK telah membawa mereka ke Mahkamah. Sememangnya mereka boleh mengambil perkhidmatan peguam untuk membela diri, tetapi bagaimanakah untuk kebanyaka mereka yang hanya berhutang beberapa ratus ringgit sahaja? Kini pula IWK memulakan kes-kes di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur walaupun Defendan berada di negeri-negeri lain. Kos untuk memindahkan prosiding kadang-kala telah melebihi jumlah amaun yang dituntut!!! Di manakah keadilan???

Walau bagaimanapun, walaupun kita masih tidak dapat memperhentikan tindakan dan keputusan IWK untuk membawa kes ke Mahkamah, Kerajaan Negeri dengan mandate Rakyat telah membuat satu keputusan yang baik, di mana ia enggan membenarkan IWK mencantumkan bil IWK dengan bil air.

Inilah suatu response kepada IWK yang baik. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri.

Sekarang pula datang Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan diberikan secara spesifik kepada 3 buah syarikat sahaja. Apa yang kita boleh rumuskan pada masa sekarang adalah, Akta ini akan mempunyai kesan seperti Sewerage Services Act 1993 yang mana IWK telah ditubuhkan dan mengambilalih tugas PBT dalam system pembetungan dan Rakyat adalah dipaksa membayar kepada Perbadanan atau syarikat konsesi tersebut pada masa yang sama juga perlu membayar Cukai Taksiran yang ditetapkan. Syukurlah Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, telah pada kini menolak kegunaan Akta ini di Negeri ini. Bayangkan apa yang berlaku sekiranya pada hari ini kita masih di bawah pimpinan BN…


Kesimpulan:
Saya berasa gembira bahawa Kerajaan Negeri Perak dapat beteraskan pentadbiran atas prinsip adil, amanah, wibawa dan berkebajikan dan hak Rakyat Perak Darul Ridzuan dapat dipelihara tanpa membezakan agama, bangsa dan fahaman politik. Seperti yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar, kita haruslah berkemampuan membasmi segala kepincangan, ketidaktelusan, ketidakcekapan pengurusan, salah guna kuasa atau amalan korupsi kronisme dan kolusi. Kita sekarang di barisan Kerajaan haruslah berpegang teguh kepada principal yang kita ada, tidak kira dalam keadaan baik atau buruk pun.

Di sini saya ngin berkongsi suatu pepatah Cina dengan rakan-rakan saya, dengan izin Tuan Yang Dipertua, “富贵不能淫,贫贱不能移,威武不能屈” yang mana bermaksud “kekayaan harta tidak dapat mendorong seseorang itu berkorupsi, kemiskinan tidak dapat mengubah pendirian seseorang dan kekuatan kuasa tidak dapat mengugat seseorang untuk menukar haluan”. 金钱地位不能使自己迷惑腐化,贫苦穷困不能改变自己 志向,权势武力不能让自己屈服变节。

Adalah penting apabila kita sekarang berada di barisan pimpinan, kita harusah memeliharakan ketelusan dan integrity kita. Apa-apa dorongan atau temptation tidak harus menjejaskan pendirian kita. Itulah sikap yang kita kena laksana, itulah apa yang Rakyat inginkan.

Biarlah kita sama-sama mendokong segala yang benar dan mengelakkan segala yang salah demi memelihara mandate yang diberikan oleh Rakyat dalam pilihanraya 308 yang lalu. Saya masih ingat apa yang saya belajar semasa 4 tahun saya di Univeristy, yang mana ayat al-Quran ada menyatakan di Surah Al-Imran: 110 : (dengan izin) O you who belive! You are the best of mankind, enjoining what is right and forbidding what is wrong”

Saya selalunya percaya terhadap apa yang dinyatakan: “ta’muruna bi al-ma’ruf wa tanhawna ‘an al-munkar”. Biarlah kita sama-sama melaksanakan mandate dan tanggungjawab kita kepada Rakyat demi satu Negeri Perak yang lebih baik.

Tuan yang Dipertua,
Dengan itu saya menyokong.

Sekian, terima kasih.

Blogging from Dewan: Dewan Speech Part 4

(d) Pemantauan Projek
Sejumlah RM60juta telah diperuntukkan di bawah maksud P.01 untuk Jabatan Kerja Raya dan RM27juta diperuntukkan di bawah maksud P.02 Perkhidmatan Masyarakat dan Luar Bandar. Projek-projek ini samaada projek utama / besar ataupun projek kecil harus mempunyai pemantauan yang baik. Misalnya di kawasan saya, Kg Simee, ada sebuah longkang di luar Pasar yang dimulakan sebelum atau lebih tepat lagi semasa kempen pilihanraya, longkang tersebut langsung tidak berfungsi dan air tersangkut. Saya telah membuat pertanyaan dengan UPEN, SDO dan juga DO Batu Gajah dan kesemua pihak menyatakan ia bukan di bawah projek atau pemantauan mereka. Saya telah membuat satu siasatan sebut harga semula untuk meyempulihkan longkang tersebut dan ia adalah dalam lingkungan RM30k hingga RM40k. Saya berharap pihak MBI dapat meneliti masalah ini. Walau bagaimanapun, sekirapun peruntukkan baruini dapat dikeluarkan semula, bagaimana dengan peruntukkan yang telah dibelanjakan dan dibazir sebelum ini? Siapa yang perlu bertanggungjawab? Samaada wang Rakyat boleh dibiarkan dibazirkan begitu sahaja?

Blogging from Dewan: Dewan Speech Part 3

(c) Kerajaan Tempatan
Bajet 2009 menunjukkan peruntukkan sebanyak RM4.441 juta kepada Kerajaan Tempatan. Dalam perkara ini, saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkenaan dengan Kerajaan Tempatan terutamanya dalam usahanya untuk mencapai satu pentadbiran yang cekap, telus dan akauntabiliti.

Isu Telco:
Tuan yang dipertua,

Isu Telco merupakan satu isu di mana kecekapan, accountability dan ketelusan Kerajaan Negeri dicabar. Dalam permerintahan Kerajaan terdahulu, syarikat-syarikat telco telah mendirikan pemancar-pemancar dalam kawasan perumahan dan kebanyakannya tanpa mendapatkan permit terdahulu daripada kerajaan tempatan. Namun, sedihnya dinyatakan tidak ada tindakan drastic diambil. Rakyat akan bertanya-tanya: bagaimanakah dengan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang?

Kerajaan telah mengumumkan bahawa 4 buah syarikat telco telah dikenakan denda sebanyak RM1.1 million untuk sejumlah 366 buah pemancar telecommunikasi yang didirikan tanpa permit. Namun, apakah langkah-langkah yang telah diambil supaya memastikan syarikat-syarikat telco ini, sekurang-kurangnya pada masa yang datang, menghormati dan mematuhi semua peraturan-peraturan yang ditetapkan?

Pihak Kerajaan Tempatan khasnya MBI mempunyai “guidelines” dalam permohonan untuk mendirikan pemancar Telco. Salah satu yang paling penting adalah jarak pemacra telco dengan kawasan perumahan. Untuk pemancar kurang daripada 45m tingginya, jaraknya haruslah 20meter dari kawasan perumaha manakala 10m daripada kawasan kedai, untuk pemancar yang melebihi 45 meter, jaraknya harus 30 meter dan 15 meter daripada lot-lot kedai.

Dua persoalan di sini, pertama, samaada jarak yang ditetapkan adalah mencukupi? Rakyat jelata pada kebiasaannya adalah bimbang atas kesan kesihatan yang disebabkan oleh pemancar-pemancar telco yang didirikan. Minggu yang lepas, kita telah menyertai suatu seminar yang mana keraguan terhadap kesan kesihatan ini dinafikan. Namun, saya sendiri telah mendapat nasihat daripada doctor-doktor swasta dan mereka menyatakan walaupun tidak ada bukti saintifik yang kukuh berkenaan dengan kesan kesihatan yang disebabkan oleh Telco, tetapi kesannya tidak boleh 100% dinafikan.

Tuan yang Dipertua,

Kesemua kita mungkin bukan professional dalam bidang ini dan mungkin tidak dapat menentukan isu kesihatan ini. Namun, sebagai satu kerajaan yang berteraskan Rakyat, suara Rakyat haruslah didengar. Sekiranya Rakyat-rakyat mempunyai keraguan yang begitu tinggi, kita sebagai kerajaan haruslah mengambil berat tentang isu ini. Kita tidak boleh sahaja kata sekiranya tiada Telco atau Telco-telco diturunkan, coverage handset akan terjejas. Cubalah kita semua bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kita duduk bermalaman di sesebuah kedai, dan kedai sebelah kanan dan sebelah kiri kita mendirikan telconya.

Apabila terdapat bantahan daripada penduduk-penduduk, suatu public consultation haruslah diadakan. Saya dengan ini merujuk kepada guidelines oleh Negara Canada dalam isu ini …..

Persoalan yang kedua adalah, bagaimana untuk memastikan guidelines yang ditetapkan dipatuhui? Seperti yang diumumkan sebanyak 366 pemancar telco didirikan tanpa permit dan ia telah dikenakan denda, jelas menunjukkan syarikat-syarikat telco telah gagal menghormati bukan sahaja peraturan-peraturan yang ditetapkan, tetapi juga suatu penghinaan terhadap integrity kerajaan.

Bagaimanakah mereka berani mendirikan pemancar-pemancar telco tanpa mendapatkan kebenaran terdahulu? Tindakan penguatkuasaan adalah penting dalam perkara ini dan denda sebanyak RM3000 bagi suatu telco tidak akan mempunyai sebarang deterrence effect. RM3000 ini adalah terlalu rendah bagi syarikat-syarikat telco ini. Tindakan penguatkuasaan termasuk arahan untuk menurunkan telco dan denda harian mengikut tempoh pelanggaran undang-undang adalah perlu. Sekiranya satu hari dikenakan denda RM200 sebuah, dalam masa satu tahun RM26,352,000.00 dan ini merupakan satu sumber pendapatan yang lumayan.

Dalam masa singkat 2 bulan yang telah lepas ini saya telah mendapatkan pengalaman bagai integrity Kerajaan Negeri dicabar. Pertama pada bulan September, kerja pemasangan Telco setinggi 30meter telah dimulakan di Jalan Meteor, Taman Westpool. Telco tersebut hanyalah selebih-lebihnya 20meter jarak daripada rumah yang terdekat. Apabila disiasat, kita dapati permohonan untuk permit hanyalah diserahkan kepada MBI sehari selepas bantahan daripada penduduk bermula. Syukur, dengan bantahan daripada penduduk-penduduk ia dapat dihentikan.

Di kawasan saya pula, pada 2 minggu yang lepas, Lebuh 3 Kg Simee yang mana sudah mempunyai 3 buah Telco (2 antaranya masih belum mendapat apa-apa permit), telco yang keempat telah mula. Apabila pihak kami pergi dengan MBI, kami mendapati ia tidak mempunyai sebarang permit, pekerja-pekerja kata ia hanya memasang peralatan-peralatan untuk internet server, mereka ingat kita semua bodoh, “what a blatant lie!”. Kerja-kerja telah dihentikan seketika pada masa itu.

Minggu lepas pula pekerja-pekerja datang smula pada pukul 4.30 yang mana pegawai MBI telahpun hampir masa untuk tamat kerja. Betapa sudahnya pada masa itu saya mendapatkan bantuan daripada MBi pada masa itu. Kenapakah telco-telco boleh memilih masa 4-30 ini untuk memulakan kerjanya? Apa yang akan berlaku sekiranya telco dipasang pada larut malam? Telco tahu ia tidak akan diturunkan!

Syarikat-syarikat telco ini sanggup dan berani berbuat demikian atas satu sebab sahaja: kekurangan tindakan penguatkuasaan. Saya tidak pernah nampak satupun illegal tower pernah diturunkan di Perak walaupun terdapat 366 buah telah dikenakan denda. Dalam minda syarikat-syarikat ini, mereka tahu tindakan penguatkuasaan tidak akan diambil, dan sebab itulah mereka berani mendirikan telco tanpa mendapatkan permit terlebih dahulu !!! “this is a blatant challenge on the integrity of the State Government”.

Kita sebagai kerajaan, sememangnya harus mengambil tindakan yang lebih drastic, dalam menangani isu ini sebelum ia terlambat. Suara Rakyat haruslah didengar.

Pokok-pokok yang ditebang di Jalan Lau Pak Khuan
Tuan yang Dipertua,

Satu insiden lagi yang mana kewibawaan dan ketelusan Kerajaan di bawah cabaran dan raguan adalah satu insiden di mana sekurang-kurangnya 5 pokok berusia lebih daripada 30 tahun umurnya, bertempat di Bulatan Jalan Canning Estate, Taman Ipoh, ditebang oleh MBI tanpa mengikut prosidur yang perlu dan tanpa pengetahuan Datuk Bandar.

Dalam perkara ini, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan kepada Datuk Bandar Ipoh, yang mana beliau telah dengan segera memohon maaf dan mengambil keputusan segera apabila isu ini dibangkitkan oleh YB M Kula dalam persidangan MBI, untuk menanam semula pokok-pokok di kawasan tersebut. Namun, saya dan juga penduduk-penduduk mendapati bahawa tindakan MBI dalam menebang pokok-pokok tersebut tanpa mengikut prosidur dan tanpa pengetahuan Datuk Bandar adalah amat luar biasa. Walaupun tindakan mitigasi telahpun diambil oleh Datuk Bandar dengan segera, MBI harus mengambil tindakan ke atas sesiapapun yang bertanggungjawab dalam tindakan penebangan pokok-pokok ini. Apabila saya turun ke padang, balasan yang saya dapati adalah bahawa tindakan tegas harus diambil dengan segera untuk menentupasti siapa yang bertanggungjawab dan ia diumumkan kepada Rakyat. Kita tidak boleh biarkan perkara ini rehat begitu sahaja dan Rakyat memerlukan satu jawapan. Sekiranya tidak ada tindakan diambil, ini bukan sahaja akan menjejaskan kewibawaan dan ketelusan MBI, Datuk Bandar dan saya sendiri, ia akan menjejaskan imej Kerajaan Negeri Perak secara keseluruhannya.

Kemalangan Jalan Lau Pak Khuan
Tuan yang Dipertua,
Saya ingin juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu kemalangan jalanraya yang sering berlaku di Jalan Lau Pak Khuan, Taman Ipoh. Sejak pilihanraya 308, dua kemalangan maut telah berlaku. Daripada tinjaan kami, jalan tersebut sentiasa dalam keadaan yang sangat gelap tetapi kelihatan pihak MBI selalunya gagal memastikan lampu jalan di Jalan Lau Pak Khuan sentiasa berfungsi walaupun terdapat aduan demi aduan dari Pejabat ADUN dan warga Ipoh. Saya tidak salahkan Datuk Bandar Ipoh kerana beliau sememangnya memberikan perhatian setiap kali aduan ditujukan. Namun, Datuk Bandar seorang sahaja tidak mampu untuk membuat kesemua kerja, kerjasama dan kecekapan pegawai-pegawai yang bertanggunjawab haruslah dipertingkatkan. Sekiranya dibandingkan, prestasi MBI dalam menyelenggarakan tiang-tiang lampu di kawasan tersebut adalah tidak seefficient dengan TNB. Rakyat mempunyai satu harapan yang tinggi terhadap kita dan kita tidak boleh mengecewakan mereka.

Di sini juga saya juga ingin mengemukakan cadangan saya dalam mengatasi masalah ini dan menjamin keselamatan penduduk-penduduk supaya pihak MBI boleh mengkaji untuk menggunakan sebahgian bajet yang ada untuk tujuan ini (a) membina bonggol atau melukis garisan cat kuning untuk memperlahankan halaju kenderaan; (b) membinakan divider antara dua arah jalan untuk melindungi pejalan kaki apabila melintasi jalan.

Rumput, Lalang di Taman Cempaka
Saya juga ingin bangkit di sini bahawa pemberian kontrak kerja MBI haruslah dilaksanakan dengan berhati-hati. Beberapa bulan ini saya menerima banyak aduan dari kawasan saya Taman Cempaka, yang mana lorong belakang rumah tidak dibersihkan, rumput ada, longgokan tanah ada. Apabila cek dengan MBI, baru kita dapati kontrak bernilai RM177,000.00 tersebut tidak termasuk lorong belakang Taman Cempaka, hanya merangkumi Desa Cempaka dan kontraktor enggan membuat kerja-kerja tersebut. Ini adalah satu alasan yang tidak termasuk akal langsung dan tidak lojik, dan kontraktor tidak boleh menggunakan alasan ini untuk mengelakkan tanggungjawabnya. Jumlah RM177,000.00 tersebut semua wang Rakyat, dan MBI harus lebih berhati-hati dan mengambil notis tentang sikap kontraktor-kontraktor yang cuba menggunakan loop holes ini.

Blogging from Dewan: Dewan Speech Part 2

(b) SUWA, Sekolah Agama, Hal Ehwal Islam dan Hal Ehwal bukan Islam
Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukkan sebanyak RM30,000.00 setiap satu kepada 9 buah sekolah persendirian Cina di Negeri ini. Ini adalah satu lagi arah tuju yang baik yang mana sekolah persendirian Cina, sejak ia menjadi sekolah menengah swasta pada tahun 1965, telah mengalami kesuntukkan kewangan dalam pentadbiran dan operasi hariannya. Dengan tanpa bantuan daripada Kerajaan, pentadbiran Sekolah Persendirian Cina ini pada semua masa material, hanya bergantung kepada derma-derma daripada masyarakat untuk meneruskan perkhidmatan pempelajaran.

Setelah mengalami waktu-waktu susah dan detik-detik bermata air ini, sekarang, dengan adanya tsunami politik 308, kita telah mula nampak suatu perubahan. Usaha-usaha mereka yang meneruskan perjuangan ini untuk 43 tahun ini tidak tersia-sia. Di samping peruntukkan RM30,000.00 setiap sekolah tersebut, Kerajaan Negeri telah mencipta sejarah dengan meluluskan secara prinsipalnya tanah seluas 1000 hektar kepada 9 buah sekolah ini untuk tujuan aktiviti pertanian dan janaan kos pentadbiran sekolah.

Namun, yang sedihnya isu ini telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang masih belum insaf daripada tsunami politik 308. Menteri Pendidikan telah mendakwa bahawa kerajaan Negeri haruslah adil kepada semua saluran sekolah dan bukannya sekadar menjadi “gula-gula” bagi sekolah persendirian Cina. Sejak bilakah pemberian tanah seluas 1000 hektar ini menjadi suatu “gula-gula”? Sebab kenapa pemberian tanah ini adalah mudah dan simple, dengan izin, iaitu kerajaan sepanjang masa ini telah gagal mengiktirafkan kedudukan sekolah-sekolah persendirian cina di Negara ini yang mampu melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan ia terpaksa mencari jalan untuk menampung kos harian sendiri. Kerajaan Perak sekadar memberikan bantuan kepadanya kerana terdapat keperluan untuk membantu. Tindakan ini merupakan suatu cara penyelesaian jangka panjang dalam membantu sekoalh-sekolah ini.

Dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri hanya membantu sekolah persendirian Cina jelas dibuktikan salah, apabila YAB Menteri Besar mengumumkan pemberian sebanyak 1000 hektar tanah kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat. Ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Perak bukannya satu kerajaan yang berunsurkan agama atau perkauman, tetapi suatu Kerajaan yang berteraskan Rakyat.

Telah sampailah masa bagi semua pihak, termasuk ahli-ahli politik yang duduk di sebelah sini dan sana, berhenti untuk mengkomenkan sesuatu isu atas dasar perkauman, membuat keputusan atas dasar perkauman. Tanggalkanlah cermin mata yang berunsur perkauman. Pada hari ini, Lious Hamilton telah mampu memenangi juara dunia F1, Barrack Obama telah boleh diterima sebagai Presiden US, di manakah kita? Sudahlah 51 kita bebas daripada jajahan British, sudahlah 51 kita sama-sama menyumbang kepada Negara yang tercinta ini, sampailah masa kita semua berbangga atas identity kita sebagai seorang Rakyat berbangsa Malaysia.

Tuan yang Dipertua,
Disamping meneruskan usaha-usaha untuk memajukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara kita yang tercinta ini, saya berasa gembira kerana Kerajaan Perak telah menubuhkan Urus Setia Hal Ehwal Bukan Islam dan diberikan peruntukkan sebanyak RM2 juta. Ini sekali lagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Neheri dalam menangani isu berkenaan Agama bukan Islam di Negeri ini. Namun, saya berharap pada masa yang akan datang, peruntukkan sebanyak RM2 juta ini dapat dipertigkatkan lagi mengikut laporan Urus Setia tersebut dan juga keperluan yang dibangkitkan.

Blogging from Dewan: Dewan Speech Part 1

Ucapan ADUN Canning, YB Wong Kah Woh dalam membahas Bajet Negeri Perak Darul Ridzuan 2009 Rang Undang-undang Enakmen Pembekalan 2009 pada 11.11.2008 pukul 2.00 petang di Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Yang Berhormat Tuan yang Dipertua, izinkan saya untuk mengambil bahagian dalam membahas dan menyokong Bajet Negeri Perak Darul Ridzuan 2009 – Rang Undang-undang Enakmen Pembekalan 2009 yang telah dikemukakan oleh YAB Menteri Besar Perak.

Tuan yang Dipertua,
Terutama sekali saya berasa syukur, kerana YAB Menteri Besar Perak telah sekali lagi mengiktirafkan dan menegaskan pentadbiran Kerajaan Negeri ini adalah berteraskan kepada prinsip adil, amanah, wibawa dan berkebajikan dan hak Rakyat Perak Darul Ridzuan dapat dipelihara tanpa membezakan agama, bangsa dan fahaman politik. Setelah 51 tahun merdeka, sekarang kita nampaklah harapan negeri kita, harapan Negara kita, yang mana isu agama, bangsa dan fahaman politik tidak lagi menjadi asas pentadbiran. Inilah suatu usaha dan arah tuju yang positive dan baik, yang mana kita semua yang membesar di tanah air yang tercinta ini, menyumbang kepada Negara yang tercinta ini, dan kita semua Bangsa Malaysia.

(a) Deficit Bajet dan maklumat am
Tuan yang Dipertua,
Bajet 2009 merupakan satu deficit bajet sebanyak RM25 juta, yang mencatatkan suatu pengurangan deficit sebanyak RM14.99 juta atau 37.48%. Dalam 4 tahun yang lepas yang mana deficit bajet dicatat, deficit tersebut telah meningkat setiap tahun, dari 15.45 juta pada tahun 2005 sehingga ke RM39.99 juta.

Sekiranya dibaca dari sudut polisi-polisi bermesrakan Rakyat yang dicadangkan atau dilaksanakan seperti yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar semalam, deficit RM25 juta ini bukanlah suatu yang tidak munasabah atau sesuatu harus dibimbangkan.

Kerajaan Negeri Perak ini telah memberikan pertimbangan dan prihatin terhadap golongan-golongan yang miskin dan berkeperluan. Polisi pemberian air percuma kepada penduduk Perak yang berpendapatan rendah untuk 20 cubic meter, pemberian peruntukkan sebanyak RM1 juta untuk membantu meringankan beban miskin tegar, peruntukkan RM6 juta sebagai sumbangan derma biasiswa dan peruntukkan sebanyak RM 1 juta untuk funeral expenses bagi golongan miskin bagi mereka yang berusia 65tahun ke atas yang meninggal dunia serta RM2 juta peruntukkan untuk tabung khas kebajikan rakyat dan RM1juta untuk tabung pinjaman perniagaan kecil haruslah dialu-alukan. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Perak adalah prihatin terhadap golongan yang berkeperluan dan ikhlas dalam membantu golongan ini. Yang penting, kesemua bantuan dan peruntukkan ini adalah tanpa mengira agama dan bangsa, dan ini akan dapat membantu mencapai matlamat sesuatu affirmative actions/policies dengan izin, yang mana kesemua golongan yang berkeperluan mendapat bantuan yang seajarnya dan bukannya pelaksanaan affirmative actions yang berlandaskan kaum dan bangsa yang mana menyebabkan jurang pendapatan dan taraf kehidupan semakin bertambah.

Tuan yang Dipertua,
Apa yang harus dibanggakan lagi adalah, catatan pengurangan deficit sebanyak RM14.99 juta atau 37.48% ini dicapai dengan tanpa melaksanakan apa-apa kenaikan cukai-cukai yang dikenakan atas Rakyat. Kerajaan Negeri sememangnya telah mengambil suatu langkah yang betul dengan menegaskan pengutipan cukai tunggakan sebagai suatu aspek. YB Pengkalan Hulu semasa mencelah perbahasan YB Titi Seorng, mempersoalkan sumbangan daripada ejensi-ejensi kerajaan seperti LAP, SADC, SEDC dsb sebanyak RM50 juta (mencatatkan peningkatan sebanyak RM7 juta). Apakah salahnya sekiranya ejensi-ejensi ini menyumbang kepada bajet 2009 sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai keyakinan bahawa ia dapat memperolehi keuntungan yang lebih baik pada tahun 2009? Kesemua ejensi ini bukan untuk keuntungan mana-mana pihak tetai dalam membantu Kerajaan Negeri.

Manakala satu item yang tidak dilupakan dan yang ditinggalkan oleh YB P. Hulu adalah dengan system tender kawasan pembalakan, yang mana hasil sebanyak RM40juta telah dijana dan ini juga membuktikan Kerajaan Negeri Perak yang mengamalkan prinsip adil, amanah, wibawa dan berkebajikan dengan melaksanakan system tender kawasan pembalakan.

Berkenaan dengan kutipan cukai tunggakan, jumlah RM36 juta dianggar dapat dikutip. Saya amat bersetuju bahawa penguatkuasaan kutipan cukai tunggakan dijadikan satu aspek peningkatan hasil, namun ia haruslah dijalankan secara flesible dan case to case basis dengan izin.

Bagi mereka yang jelasnya degil dan enggan membayar serta berhutang berpuluh-puluh ribu, sekiranya amaran untuk membayar tidak dipeduli dan tidak mempunyai kesan, Kerajaan Negeri haruslah bergantung kepada peruntukkan Kanun Tanah Negara yang mana membenarkan Kerajaan Negeri menarikbalik hakmilik yang dikeluarkan. Pada masa yang sama, tindakan juga haruslah diambil secepat mungkin tanpa dibatas oleh batasan masa 6 tahun. Ada pernah berlakunya cukai kerajaan ditunggak lebih daripada 6 tahun dan pihak PBT telah tidak lagi dapat menuntut mengikut prosidur undang-undang misalnya dalam kes MBI tunggakan hasil melebihi tempoh 6 tahun setakat 31 12.2006 adalah sebanyak RM6.08juta. Usaha dan tindakan penguatkuasaan haruslah tegas.

Namun, untuk kes-kes yang genuine yang mana pemilik merupakan golongan yang miskin dan tidak mampu bayar, ia haruslah dikendalikan secara berlainan. Penarikbalik hakmilik dalam kes tersebut bukannya suatu cara yang munasabah. Harus ingat, kita merupakan satu Kerajaan berkebajikan, kita haruslah memahami kesusahan Rakyat.

Blogging from Dewan: Too short a time...

I have just concluded my Debate/Speech, it is really too short a time. However, i will upload the full text here...

Blogging from Dewan: Supplementary Question 1

My Supplementary Question:-

Sistem parking berkupon yang berlainan dan tidak seragam mengikut Daerah telah mendatangkan kesusahan dan inconvenience kepada Warga Perak, yang mana Warga Perak perlu menggunakan kupon-kupon berlainan di daerah yang berlainan.

Soalan tambahan saya, samaada Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menyelaraskan sistem parking berkupon ini dengan menggunakan jenis kupon yang sama. Sekiranya ya, bagaimanakah hasil penjualan kupon ini dapat diagihkan kepada Kerajaan Tempatan masing-masing memandangkan kupon yang sama digunakan

Blogging from Dewan: Second Day

The sitting for 2nd Day is starting. My written question on Assessment Arrears has been placed on No. 12, and it is still unsure whether it could be answered within this 1 1/2 hour. I have prepared my script, hopefully can get the chance to speak.