Tuesday, May 05, 2009

Zambry dan 6 lain tidak berhak untuk menghadiri DUN

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009 tidak membenarkan Dato’ Seri Zambry bin Abdul Kadir & 6 ADUN yang lain memasuki Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyak kekeliruan telah timbul akibat daripada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16/4/2009 ,samada Dato’ Seri Zambry bin Abdul Kadir dan 6 ADUN yang lain berhak untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009.

Penjelasan berikut jelas menunjukkan bahawa Dato’ Seri Zambry bin Abdul Kadir dan 6 ADUN yang lain tidak berhak untuk memasuki Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009

Pada 18/2/2009 Jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan Negeri telah membuat keputusan untuk mengantungkan ADUN Pangkor, Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir ( gelaran seperti pada masa itu ) daripada menghadiri sidang Dewan Negeri selama 18 bulan dan Encik Zainol Fadzi Bin Haji Paharuddin (ADUN Sungai Manik), Dato’ Ramly Zahari (ADUN Manong), Puan Hamidah Binti Osman (ADUN Sungai Rapat), Encik Saarani Bin Mohamad (ADUN Rungkup), Encik Mohd Zahir Abdul Bin Khalid (ADUN Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang) digantung daripada hadir sidang Dewan Negeri selama 12 bulan.

Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri tersebut telah diterima dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 3/3/2009.

Pihak Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN yang tersebut di atas telah memohon kepada mahkamah untuk satu pengisytiharan berkenaan dengan penggantungan mereka daripada menghadiri Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan . Mereka telah mengambil tindakan mahkamah tersebut terhadap Speaker DUN dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan kes tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk perbicaraan. Walau bagaimanapun, pada 2/4/2009 mereka telah memohon menarik balik tindakan mahkamah tersebut terhadap Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan tindakan terhadap Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut.

Pada 16/4/2009, Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan 2 daripada 10 perintah-perintah yang dipohon oleh mereka dan sekarang sudah timbul persoalan samada Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN yang tersebut di atas boleh menghadiri Mesyuarat sidang Dewan Negeri yang akan diadakan pada 7/5/2009.

Mahkamah Persekutuan telah membenarkan dua perisytiharan seperti berikut:-

1. Bahawa keputusan Speaker DUN menggantung Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri selama 18 bulan adalah tidak sah dan terbatal.

2. Bahawa keputusan Speaker DUN menggantung 6 ADUN yang tersebut di atas daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri selama 12 bulan adalah tidak sah dan terbatal.

Keputusan di atas adalah tersilap kerana bukan Speaker DUN yang telah membuat keputusan penggantungan tersebut tetapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri dan Dewan Undangan Negeri yang telah memutuskan tentang penggantungan tersebut.

Oleh yang demikian, keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Dewan Undangan Negeri masih sah dan berkuatkuasa dan Speaker DUN sebagai pengerusi dan ahli dalam Jawatankuasa tersebut dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah terikat dengan keputusan yang telah diputuskan oleh kedua-dua badan tersebut.
Sebenarnya kes tersebut tidak harus dibawa terhadap Speaker DUN kerana perlindungan yang diberikan kepada Speaker DUN di bawah Seksyen 3 Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959 yang berbunyi seperti berikut:-

“No member shall be liable to any civil or criminal proceedings, arrest, imprisonment, or damages by reason of any matter or thing which he may have brought by petition, bill, resolution, motion or otherwise, or have said before the Assembly or any committee”.

Tambahan pula, keputusan Mahkamah Persekutuan merupakan satu pengistiharan sahaja dan bukannya satu certiorari atau mandamus. Ia tidak mengikat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tentang keistimewaan Dewan Negeri dan Perkara 72(1) memperuntukkan seperti berikut:-


Keistimewaan Dewan Negeri

“Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah”.

Tindakan Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut terhadap Speaker DUN juga adalah bertentangan dengan Perkara 72(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi seperti berikut:-

“Tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana Dewan Negeri atau mana-mana jawatankuasanya”.

Apa yang memperkukuhkan kesimpulan bahawa Dato’ Zambry bin Abdul Kadir dan 6 ADUN yang lain tidak berhak menghadiri Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 ialah kerana Mahkamah Persekutuan telah MENOLAK permohonan Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut untuk perintah-perintah berikut:-

1. suatu perisytiharan bahawa Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dewan Negeri dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya;

2. suatu perisytiharan bahawa keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir menghadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan, adalah ultra vires Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau semua undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah;

3. suatu perisytiharan bahawa perbuatan Speaker DUN menggantung dan melarang Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir menghadiri sidang Dewan Negeri Perak selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

4. suatu perisytiharan bahawa keputusan patik Speaker DUN menggantung dan melarang kenam-enam ADUN di atas menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah ultra vires Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan, Perintah-Perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau semua undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah;

5. suatu perisytiharan bahawa perbuatan Speaker DUN menggantung dan melarang keenam-enam ADUN yang tersebut di atas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang;

6. suatu perisytiharan bahawa Dewan Undangan Negeri adalah tidak terikat dengan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri;

7. suatu perisytiharan bahawa Dewan Undangan Negeri adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Speaker DUN yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan patik yang bertarikh 17hb Februari 2009.

8. bahawa Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 3/3/2009 adalah tidak mengikut undang-undang (unlawful).

Keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditafsirkan oleh peguam-peguam Pakatan Rakyat sebagai Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN lain tersebut tidak berhak untuk menghadiri Dewan Undangan Negeri dan keputusan Dewan Undangan Negeri pada 3/3/2009 dianggap sah.

Bertarikh 5 hb Mei 2009


Dato Ngeh Koo Ham
Exco Kanan Kerajaan Pakatan Rakyat
Negeri Perak
Penyelaras Pasukan Peguam-Peguam

赞比里以及6名州议员不可以进入州议会

霹雳州民联政府高级行政议员兼民联律师团总协调拿督倪可汉于2009年5月5日(星期二)在怡保所发表的声明:

联邦法院在2009年4月16日的判决,并没有允许拿督斯里赞比里以及6名行政议员出席2009年5月7日的霹雳州议会。

-------------------------------------------------------------------------------------------------
联邦法院2009年4月16日的判决引起了许多混淆,包括拿督斯里赞比里以及其他6位州议员是否可以出席在2009年5月7日的州议会。

以下的解释明确的显示拿督斯里赞比里以及6名州议员没有权利出席2009年5月7日的州议会。

在2009年2月18日,霹雳州议会特权委员会议决禁止邦咯州议员拿督赞比里进入州议会18个月,以及其他6名州议员、也就是再努法兹(双溪马力)、拿督蓝里(万农)、哈米达(双溪喇叭)、沙兰尼(龙谷)、莫哈末查希(甘文丁)以及马汉顺(积莪营)禁止进入州议会12个月。

特权委员会的决定已经在2009年3月3日的州议会中获得接纳以及通过。

拿督斯里赞比里以及上述6名州议员较后入禀法庭,要求法庭针对禁足令作出宣布。他们分别对州议长以及霹雳州议会采取该项法律行动,并在较后将案件转交给联邦法院。无论如何,在4月2日,他们作出申请要求收回针对霹雳州议会的法庭诉讼,联邦法院也在当天撤销针对州议会的诉讼。

在4月16日,联邦法院在赞比里等人的十项申请中,只批准了其中两项。现在就浮现了赞比里以及6名州议员是否可以出席5月7日州议会的问题。

联邦法院批准并作出了以下的宣布:

1. 州议会议长禁止赞比里进入州议会长达18个月的决定是不合法以及撤销;

2. 州议会议长禁止6名行政议员进入州议会长达12个月的决定是不合法以及撤销。

上述的判决是错误的,因为作出禁足决定的并不是州议会议长,而是州议会特权委员会以及霹雳州州议会。

有鉴于此,特权委员会以及州议会的决定是有效的;而州议会议长作为特权委员会以及州议会的主席以及成员是受到这两个机构所作出的议决约束。

其实,在1959年立法议会(特权)法令第3条文的保障下,州议长并不应该被采取相关的法律行动:-

“没有任何成员可以因他在议会中或者任何委员会的任何行动,而面对民事或刑事、逮捕、监禁、赔偿行动。”

同时,联邦法院的判决只是一项“宣布”,而不是一项“指令”。它对于特权委员会以及霹雳州议会并没有约束力。

联邦宪法第72条文闸明州议会的特权。第72(1)条文说道:

州议会特权

“州议会任何流程的合法性并不可以在任何的法庭下被质疑。”

赞比里以及6名行政议员针对州议长所采取的法律行动也违反了联邦宪法第72(2)条文:

“没有一个成员可以因为在州议会或委员会的流程中所说的或者是所投下的票,而面对任何的提控或法庭审讯。”

同时,联邦法院已经驳回拿督斯里赞比里等人的以下要求,更进一步地巩固赞比里等人没有权力进入5月7日州议会的论点:-

1. 一项宣布表示拿督赞比里以及6名州议员有权力出席以及参与州议会卡会,并进行他们在州议会里面的角色以及责任;

2. 一项宣布表示州议会议长禁止拿督赞比里出席州议会长达18个月,是违反霹雳州宪法、议会常以及立法议会(特权)法令或其他相关法律,所以是不合法以及被撤销;

3. 一项宣布表示州议会议长禁止拿督赞比里出席州议会开会18个月的做法是违反法律的;

4. 一项宣布表示州议会议长禁止上述6名州议员出席州议会长达12个月,是违反霹雳州宪法、议会常以及立法议会(特权)法令或其他相关法律,所以是不合法以及被撤销;

5. 一项宣布表示州议会议长禁止6名州议员出席州议会开会12个月的做法是违反法律的;

6. 一项宣布表示州议会并没有受到州议会议长禁止拿督赞比里以及6名州议员进入州议会开会的决定所约束;

7. 一项宣布表示州议会并没有受到州议会议长在2009年2月17日所作出或有关的任何指示、谕令所约束;

8. 2009年3月3日的州议会是不合法的。

有鉴于此,联邦法院的判决已经由民联的律师团诠译为拿督斯里赞比里以及6名州议员不可以进入州议会,而3月3日州议会的决定是合法并有效的。

拿督倪可汉
2009年5月5日