Saturday, June 07, 2008

Dewan's Questions

The State Assembly will be starting with the DYMM Royal Address and is expected to last for 3-5 days. Followings are the questions submitted by me, which comprised of issues on local problems, past Government's matters and the current Government's policies.
I will also be preparing for my speech during the sitting. Everyone is welcomed to furnish me some input. Thanks.
SOALAN-SOALAN LISAN DEWAN NEGERI PERAK


Soalan 1:
(a) Sila senaraikan jumlah peruntukan ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang telah dibelanjakan setakat ini mengikut kesemua 59 kawasan pilihanraya Negeri Perak bagi tahun 2008.

(b) Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menyiasat kesemua perbelanjaan peruntukkan tersebut.

(c) Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan ketelusan perbelanjaan peruntukkan dan mengelakan penyelwengan pada masa yang akan datang.


Soalan 2:
(a) Sila senaraikan tanah-tanah Negeri yang telah diluluskan kepada parti-parti politik yang didaftarkan di Malaysia, bagi tempoh masa dari tahun 2004 sehingga 2008.

(b) Sila senaraikan dengan terperinci jumlah Premium yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri dalam kelulusan tanah kerajaan tersebut di Perenggan (a) di atas.

(c) Sila nyatakan dengan terperinci jumlah diskaun ke atas Premium yang telah diberikan.

Soalan 3:

Kenaikan harga petrol sebanyak RM0.78 dan Diesel sebanyak RM1.00 pada 05.06.2008 telah menambah beban Rakyat dan menyebabkan kehidupan rakyat bertambah susah. Peningkatan taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Perak adalah perlu dengan kadar segera sebagai suatu satu alternatif pengangkutan kepada warga Perak.

(a) Apakah tindakan segera yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Negeri Perak supaya ia dapat memberikan suatu alternatif kepada warga Perak dan meringankan pengantungan rakyat Perak terhadap penggunaan Petrol?



(b) Berapakah jumlah daripada penjimatan subsidi petrol sebanyak RM4.4 billion seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat pada tahun 2006 telah digunakan untuk tujuan meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Perak?


Soalan-Soalan Bertulis Dewan Negeri Perak

Soalan 1:

(a) Sila senaraikan rombongan-rombongan luar Negara yang telah melibatkan YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, kesemua Pegawai bagi setiap tahap di Kerajaan Tempatan bagi tempoh 2004 sehingga 2008.

(b) Sila nyatakan tujuan-tujuan lawatan tersebut.

(c) Sila nyatakan jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi rombongan-rombongan tersebut.


Soalan 2:

Pada tahun 2000, YAB Menteri Besar yang terdahulu telah memberikan suatu janji kepada penduduk-penduduk kawasan Taman Ipoh Timur untuk merobohkan 9 buah kilang perindustrian ringan di kawasan tersebut supaya memberikan satu buffer zone kepada penduduk-penduduk setempat dan memberi peruntukan sebanyak RM100,000.00 untuk tujuan membina suatu Taman Rekreasi dan tempat permainan kanak-kanak di kawasan tersebut.

(a) Sila nyatakan tarikh terakhir untuk menunaikan janji YAB Menteri Besar yang terdahulu di Taman Ipoh Timur tersebut.

(b) Apakah pampasan yang akan diberikan kepada pihak-pihak yang mengalami kerugian termasuk pembeli unit-unit kilang yang akan dirobohkan akibat daripada pembinaan kialng-kilang perindustrian tersebut?

(c) Memandangkan janji ini tidak ditunai sejak 2000, sila nyatakan samaada kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan peruntukkan RM100,000.00 yang dijanjikan tersebut.

Soalan 3:

Penjaja bergerak dan pengusaha Gerai makanan yang tidak berlesen atau meletakkan meja di kawasan koridor kedai sering mengalami tindakan penguatkuasa daripada pihak kerajaan tempatan. Ini bukan sahaja akan menjejaskan sumber kehidupan mereka malah juga tidak akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Negeri Perak.

(a) Samaada Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk memberikan lesen sementara / lesen harian kepada penjaja bergerak yang tidak berlesen dengan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu serta kepentingan peniaga-peniaga pasar terjaga?

(b) Samaada Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk memberikan lesen tetap kepada pengusaha-pengusaha kedai kopi di Jalan Medan Ipoh 5 dan menjadikannya sebagai suatu tarikan kawasan makanan yang penting di Ipoh?

(c) Samaada Kerajaan Negeri bercadang untuk melonggarkan syarat peletakan kerusi dan meja bagi kedai-kedai makanan di kawasan koridor dan tepi jalan supaya pengusaha-pengusaha dapat menjalan perniagaan dengan lebih baik (asalkan tidak mendatangkan gangguan lalu lintas yang tidak munasabah)?

Soalan 4:
(a) Sila nyatakan langkah-langkah segera yang akan untuk diambil bagi mengatasi masalah banjir kilat di Jalan Raja Dihilir yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Marian Convent, Mariaville Nursery and Kindergarden yang telah berlaku sejak sekurang-kurangnya 20 tahun yang lalu?

(b) Apakah langkah-langkah segera yang diambil untuk mengatasi masalah banjir kilat di Lebuh 5, Jalan Pasar Kg Simee yang masih berterusan walaupun kerja-kerja penaiktarafan telah dijalankan sebelum ini?

(c) Apakah langkah-langkah segera yang diambil untuk mengatasi masalah kesesakan jalanraya dan banjir di sepanjang dan sekitar Jalan Perajurit akibat daripada kerja-kerja naik taraf Lebuh Raya PLUS?


Soalan 5:

(a) Sila nyatakan perkembangan terkini projek Jambatan Ampang-Cempaka yang telah diumumkan sebelum pilihanraya Umum yang lalu.

(b) Sila nyatakan samaada terdapat gangguan dari segi peruntukkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?

(c) Sila nyatakan jangkaan tempoh masa penyiapaan bagi projek tersebut.