Tuesday, November 11, 2008

Blogging from Dewan: Dewan Speech Part 4

(d) Pemantauan Projek
Sejumlah RM60juta telah diperuntukkan di bawah maksud P.01 untuk Jabatan Kerja Raya dan RM27juta diperuntukkan di bawah maksud P.02 Perkhidmatan Masyarakat dan Luar Bandar. Projek-projek ini samaada projek utama / besar ataupun projek kecil harus mempunyai pemantauan yang baik. Misalnya di kawasan saya, Kg Simee, ada sebuah longkang di luar Pasar yang dimulakan sebelum atau lebih tepat lagi semasa kempen pilihanraya, longkang tersebut langsung tidak berfungsi dan air tersangkut. Saya telah membuat pertanyaan dengan UPEN, SDO dan juga DO Batu Gajah dan kesemua pihak menyatakan ia bukan di bawah projek atau pemantauan mereka. Saya telah membuat satu siasatan sebut harga semula untuk meyempulihkan longkang tersebut dan ia adalah dalam lingkungan RM30k hingga RM40k. Saya berharap pihak MBI dapat meneliti masalah ini. Walau bagaimanapun, sekirapun peruntukkan baruini dapat dikeluarkan semula, bagaimana dengan peruntukkan yang telah dibelanjakan dan dibazir sebelum ini? Siapa yang perlu bertanggungjawab? Samaada wang Rakyat boleh dibiarkan dibazirkan begitu sahaja?

No comments: