Saturday, October 18, 2008

Soalan Dewan

Soalan Dewan
-----------------


Soalan-Soalan Lisan


1. Negeri Perak telah mengalami bajet deficit untuk 4 tahun berturut-turut.

(a) Apakah punca utama yang menyebabkan bajet deficit tersebut;

(b) Apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mencapai suatu bajet Negeri seimbang (balance budget)?

(c) Berapa jumlah pendapatan lebihan yang diperolehi hasil daripada keputusan Kerajaan Negeri telah untuk meningkatkan cukai tanah dan yuran pendaftaran pejabat tanah (pada tahun 2006) telah membantu dalam mempertingkatkan pendapatan Negeri Perak.


2. (a) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan
awam di Negeri Perak?

(b) Berapakan jumlah kos / bajet yang terlibat?



3. (a) Sila senaraikan jumlah hutang cukai taksiran masih tertunggak yang belum dikutip
oleh mengikut setiap Kerajaan Tempatan.

(b) Apakah usaha yang telah dijalankan untuk meningkatkan pengutipan tersebut.

(c) Sila senaraikan 10 tunggakan cukai taksiran yang paling banyak mengikut nama pengguna dan tempoh tunggakan.


Soalan-soalan Bertulis:

1. (a) Kemalangan jalanraya sering berlaku di Jalan Lau Pak Khuan, Taman Ipoh termasuk
dua kemalangan maut. Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini untuk menjamin keselamatan penduduk-penduduk setempat memandangkan jalan tersebut menjadi semakin sibuk kian hari?

(b) Nyatakan sebab kenapa Majlis Bandaraya Ipoh GAGAL memastikan lampu jalan di Jalan Lau Pak Khuan sentiasa berfungsi walaupun terdapat aduan demi aduan dari Pejabat ADUN dan warga Ipoh.

(c) Apakah tindakan yang teah diambil oleh Majlis Bandaraya Ipoh terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam penebangan pokok-pokok di hadapan Pejabat Pos Jalan Lau Pak Khuan tanpa pengetahuan Datuk Bandar?


2. (a) Sila senaraikan pemancar-pemancar telekomunikasi yang dikesan di kawasan
pilihanraya N.25 Canning (khasnya di Kg. Simee, Taman Cempaka dan Taman Canning) mengikut kategori berlesen dan tidak berlesen.

(b) Samaada Kerajaan Negeri bercadang untuk merobohkan / menurunkan kesemua pemancar-pemancar tele-komunikasi yang dikesan didirikan tanpa lesen?

(c) Berapakah denda yang telah dikenakan ke atas syarikat-syarikat pemancar tele-komunikasi atas pembinaan pemancar-pemancar tele-komunikasi tanpa lesen untuk tahun 2008?

3. Sila senaraikan jumlah hutang tertunggak kepada Negeri Perak oleh agensi-agensi kerajaan atau persatuan-persatuan milik kerajaan termasuk tetapi tidak terhad kepada Persatuan Bola Sepak Perak.

4. (a) Sila nyatakan jumlah hakmilik tanah yang dijangka terlibat dalam penukaran kepada
hakmilik selama-lamanya bagi Rancangan Kg. Tersusun dan Kg. Baru Cina?

(b) Sila nyatakan jumlah premium yang dianggarkan dapat dikutip hasil daripada
penukaran hakmilik selama-lamanya?

5. Sila senaraikan kontraktor-kontraktor longkang dan rumput di kawasan pilihanraya N.25 Canning mengikut kawasan, tempoh kontrak, laporan prestasi kerja harian/mingguan dan harga kontrak yang dibayar.