Friday, March 27, 2009

Falling sick...

After the PAC meeting yesterday, i went back to my legal office to settle some of the outstanding works for ½ hour.

I went home after that and there were some bad smell. Yaaaaksss, it came from my one year old Golden Retriever , Joe Joe. I have decided to bath him, and had forgotten my badminton game at 8pm. :-P

When i woke up this morning, i found myself having very bad sored throat and flu. The modus operandi told me that next thing to come would be fever and next in line should a 3 hours sleep. But before i manage to do so, i was already been taxed for RM59.00 at a Clinic in Fair Park, wow, so expensive.

I finished my PAC Press Conference this 11.30am, and now struggling to settle some of the office works again.

Start finishing my works. Shouldn’t be long before i get onto my bed for rest. Yeah!!!

I think i should be feeling better after speaking at Chenderiang Dinner which is scheduled at 7.30pm tomorrow. As i told MB Nizar before, speaking at the Ceramah is the best medicine. Your metabolic will go up and you will keep on sweating.

Update you all later of my tomorrow scedule, it should be more of a family schedule...

Sidang Akhbar Berkenaan Dengan Keputusan PAC

Sidang Akhbar berkenaan dengan keputusan PAC:
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat pada 27.02.2009, 05.03.2009, 13.03.2009 dan 26.03.2009 yang mana telah kami membincangkan Dua (2) persoalan yang terbangkit, iaitu:-

(i) Pelantikan 3 orang Penasihat kepada YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir dan seorang Ketua Penerangan Negeri yang bertaraf EXCO; dan
(ii) Kedudukan yang tidak menentu yang mana YB Mohd Nizar dan YB Dr. Zambry masing-masing mengistiharkan dirinya sebagai Menteri Besar yang sah dan begitu juga barisan EXCO mereka.

Berlanjutan kepada isu-isu yang dibangkitkan, Jawatankuasa ini telah bersidang pada 03.03.2009, 13.03.2009 dan 26.03.2009 dengan memanggil saksi-saksi berkenaan untuk memberikan penerangan, penjelasan dan pandangan masing-masing kepada Jawatankuasa ini dan mereka termasuk: YB Dato’ Seri Ir. Mohd Nizar bin Jamaluddin (ADUN Pasir Panjang), YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir (ADUN Pangkor), YB Dato’ Ahmad Kamal (Penasihat Undang-Undang Negeri), YB Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak), YB Dato’ Jamaluddin (Pegawai Kewangan Negeri Perak), Dato’ Veerasingham, Dato’ Chang Ko Youn, YB Dato’ Hamdi dan YB Dato’ Najmuddin.

YB Dato’ Seri Mohd Nizar telah hadir pada 03.03.2009 manakala YB Dato’ Jamaluddin dan YB Dato’ Ahmad Kamal telah masing-masing hadir pada 13.03.2009 dan 26.03.2009.

Jawatankuasa ini berasa kesal atas ketidakhadiran YB Dato’ Dr. Zambry dan YB Dato’ Dr. Abdul Rahman dan 4 orang yang lain tanpa mengemukakan alasan yang munasabah.

Berdasarkan penilaian terhadap penjelasan dan keterangan yang dibuat oleh pihak pihak berkenaan, PAC mendapati terdapat unsur irregularity dalam pengumuman pelantikan 3 orang penasihat kepada YB Dato’ Dr. Zambry dan juga pelantikan Ketua Penerangan Negeri. PAC berpendapat bahawa prosidur undang-undang dalam pengumuman pelantikan tidak dipatuhi, tidak sah, dan keperluan dalam pelantikan tersebut adalah amat dipertikaikan; terutamannya dalam satu keadaan yang mana tidak ada peruntukkan undang-undang untuk pelantikan penasihat bertaraf EXCO. PAC berpendapat jawatan yang diwujudkan boleh diberikan kepada EXCO-EXCO lain atau Jabatan Kerajaan untuk menguruskannya.

PAC juga mendapati bahawa keempat-empat mereka telah menggunakan pejabat di SUK. Pegawai Tadbir juga telah dibekalkan kepada Dato’ Chang Ko Youn dan Dato’ Veerasingham.

Dalam isu ini, PAC mengesyorkan bahawa pelantikan, kalau dilaksanakan, jawatan-jawatan tersebut adalah tidak sah kerana tidak ada peruntukkan undang-undang untuk pelantikan tersebut. Penggunaan Pejabat di SUK pada semua masa material juga adalah tidak sah dan melibatkan wang Rakyat tanpa prosidur undang-undang dipatuhi, PAC dengan ini mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya mengosongkan keempa-empat pejabat mereka yang berada di SUK dan menarikbalik sebaga kemudahan termasuk kemudahan kereta rasmi, sekiranya ada, dengan serta merta

PAC tidak ada bantahan sekiranya keempat-empat mereka ini beroperasi dari premis lain untuk apa jua tujuan tanpa menyentuh kemudahan yang melibatkan wang Rakyat.

Berkenaan dengan isu bahawa kedua-dua pihak YB Mohd Nizar dan YB dr. Zambry serta barisan EXCO masing-masing menyatakan dan mengistiharkan bahawa mereka adalah Menteri Besar dan EXCO yang sah bagi Negeri Perak, PAC telah pada hari pertamannya menyatakan ia adalah tidak bertanggungjawab untuk menentukan siapa adalah Menteri Besar dan EXCO yang sah.

PAC memandang serius berkenaan dengan siapa Menteri Besar dan EXCO yang harus dibayar gaji, elaun dan diberikan kemudahan-kemudahan dalam saat-saat genting yang tidak menentu ini. Demi menjaga wang Rakyat, dan mengelakkan pembayaran gaji dua kali, PAC mencadang dan mengesyorkan bahawa gaji, elaun dan segal kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan kepada Menteri Besar dan barisan EXCO dibekukan sehingga krisis politik Negeri ini diselesaikan dengan adanya seorang Menteri Besar dan barisan EXCO yang 100% sah dan tidak dipertikaikan.

PAC akan memaklumkan keputusan dan cadangan kami kepada bahagian-bahagian yang berkenaan dan akan membawa laporannya yang disediakan ke dalam Dewan Negeri Perak untuk pertimbangan dan kelulusan.