Tuesday, November 11, 2008

Blogging from Dewan: Dewan Speech Part 5

(e) Indah Water Konsortium dan LAP
Dalam isu pengurusan air, saya ingin merakamkan tahniah terhadap keputusan Kerajaan Negeri yang telah melaksanakan polisi pembekalan air yang membantu golongan miskin tegar di Negeri ini, yang mana dianggarkan sejumlah sebanyak 17,000 orang miskin tegar akan menikmati bekalan air percuma bagi 20 cubic meter yang pertama. Pihak saya sememangnya percaya bahawa pemberian bekalan air percuma ini, ia tidak akan menjejaskan perdapatan Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama, akan membantu mereka yang miskin.

NRW sebanyak 30% haruslah diberi pertimbangan yang lebih ketat dan kritikal, walaupun Kerajaan Negeri telah mengumumkan langkah-langkah menukarkan paip-paip yang telah lama. Matlamat dan tujuan kita haruslah menuju ke arah yang terbaik, mencapai keputusan seperti yang dicapai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, iaitu kadar NRW di bawah 15%. Dengan kadar NRW yang lebih rendah, saya sesungguhnya percaya LAP dapat memperolehi lebih avenue dan menyumbang kepada kemajuan Negeri ini dan Kerajaan Negeri juga boleh memberikan bantuan bekalan air yang lebih baik lagi kepada golongan yang miskin.

Akan tetapi, dalam isu yang berkenaan pula, Kerajaan Persekutuan pada tahun lepas telah meluluskan Water & Industry Act, Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membenarkan kemasukan bil IWK ke dalam bil air, yang mana merupakan satu tindakan memaksa Rakyat Jelata membayar bil IWK dan sekiranya Rakyat ingkar, bekalan air bolehlah dipotong.

Mahkamah Tinggi Ipoh pada tahun 2004 telah memutuskan bahawa IWK tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran sebelum ia dapat mengemukakan bukti perkhidmatan. “No service no charge” dengan izin. Prinsipal undang-undang ini haruslah dihormati oleh IWK dan juga Kerajaan yang memerintah yang telah mendapat mandate daripada Rakyat. Bolehkah kita bayangkan, bagaimanakah boleh berlakunya satu keadaan di mana, penggunaan air seisi keluarga pada kadar minimum RM6, tetapi IWK yang bertanggungjawab untuk pembetungan sahaja mengenakan bayaran sebanyak RM8 sebulan!!!

Apa yang IWK buat sekarang? Surat tuntutan, Saman Mahkamah berlayang-layang. Rakyat berasa bimbang apabila diberitahu IWK telah membawa mereka ke Mahkamah. Sememangnya mereka boleh mengambil perkhidmatan peguam untuk membela diri, tetapi bagaimanakah untuk kebanyaka mereka yang hanya berhutang beberapa ratus ringgit sahaja? Kini pula IWK memulakan kes-kes di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur walaupun Defendan berada di negeri-negeri lain. Kos untuk memindahkan prosiding kadang-kala telah melebihi jumlah amaun yang dituntut!!! Di manakah keadilan???

Walau bagaimanapun, walaupun kita masih tidak dapat memperhentikan tindakan dan keputusan IWK untuk membawa kes ke Mahkamah, Kerajaan Negeri dengan mandate Rakyat telah membuat satu keputusan yang baik, di mana ia enggan membenarkan IWK mencantumkan bil IWK dengan bil air.

Inilah suatu response kepada IWK yang baik. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri.

Sekarang pula datang Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan diberikan secara spesifik kepada 3 buah syarikat sahaja. Apa yang kita boleh rumuskan pada masa sekarang adalah, Akta ini akan mempunyai kesan seperti Sewerage Services Act 1993 yang mana IWK telah ditubuhkan dan mengambilalih tugas PBT dalam system pembetungan dan Rakyat adalah dipaksa membayar kepada Perbadanan atau syarikat konsesi tersebut pada masa yang sama juga perlu membayar Cukai Taksiran yang ditetapkan. Syukurlah Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, telah pada kini menolak kegunaan Akta ini di Negeri ini. Bayangkan apa yang berlaku sekiranya pada hari ini kita masih di bawah pimpinan BN…


Kesimpulan:
Saya berasa gembira bahawa Kerajaan Negeri Perak dapat beteraskan pentadbiran atas prinsip adil, amanah, wibawa dan berkebajikan dan hak Rakyat Perak Darul Ridzuan dapat dipelihara tanpa membezakan agama, bangsa dan fahaman politik. Seperti yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar, kita haruslah berkemampuan membasmi segala kepincangan, ketidaktelusan, ketidakcekapan pengurusan, salah guna kuasa atau amalan korupsi kronisme dan kolusi. Kita sekarang di barisan Kerajaan haruslah berpegang teguh kepada principal yang kita ada, tidak kira dalam keadaan baik atau buruk pun.

Di sini saya ngin berkongsi suatu pepatah Cina dengan rakan-rakan saya, dengan izin Tuan Yang Dipertua, “富贵不能淫,贫贱不能移,威武不能屈” yang mana bermaksud “kekayaan harta tidak dapat mendorong seseorang itu berkorupsi, kemiskinan tidak dapat mengubah pendirian seseorang dan kekuatan kuasa tidak dapat mengugat seseorang untuk menukar haluan”. 金钱地位不能使自己迷惑腐化,贫苦穷困不能改变自己 志向,权势武力不能让自己屈服变节。

Adalah penting apabila kita sekarang berada di barisan pimpinan, kita harusah memeliharakan ketelusan dan integrity kita. Apa-apa dorongan atau temptation tidak harus menjejaskan pendirian kita. Itulah sikap yang kita kena laksana, itulah apa yang Rakyat inginkan.

Biarlah kita sama-sama mendokong segala yang benar dan mengelakkan segala yang salah demi memelihara mandate yang diberikan oleh Rakyat dalam pilihanraya 308 yang lalu. Saya masih ingat apa yang saya belajar semasa 4 tahun saya di Univeristy, yang mana ayat al-Quran ada menyatakan di Surah Al-Imran: 110 : (dengan izin) O you who belive! You are the best of mankind, enjoining what is right and forbidding what is wrong”

Saya selalunya percaya terhadap apa yang dinyatakan: “ta’muruna bi al-ma’ruf wa tanhawna ‘an al-munkar”. Biarlah kita sama-sama melaksanakan mandate dan tanggungjawab kita kepada Rakyat demi satu Negeri Perak yang lebih baik.

Tuan yang Dipertua,
Dengan itu saya menyokong.

Sekian, terima kasih.

No comments: