Tuesday, November 11, 2008

Blogging from Dewan: Dewan Speech Part 2

(b) SUWA, Sekolah Agama, Hal Ehwal Islam dan Hal Ehwal bukan Islam
Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukkan sebanyak RM30,000.00 setiap satu kepada 9 buah sekolah persendirian Cina di Negeri ini. Ini adalah satu lagi arah tuju yang baik yang mana sekolah persendirian Cina, sejak ia menjadi sekolah menengah swasta pada tahun 1965, telah mengalami kesuntukkan kewangan dalam pentadbiran dan operasi hariannya. Dengan tanpa bantuan daripada Kerajaan, pentadbiran Sekolah Persendirian Cina ini pada semua masa material, hanya bergantung kepada derma-derma daripada masyarakat untuk meneruskan perkhidmatan pempelajaran.

Setelah mengalami waktu-waktu susah dan detik-detik bermata air ini, sekarang, dengan adanya tsunami politik 308, kita telah mula nampak suatu perubahan. Usaha-usaha mereka yang meneruskan perjuangan ini untuk 43 tahun ini tidak tersia-sia. Di samping peruntukkan RM30,000.00 setiap sekolah tersebut, Kerajaan Negeri telah mencipta sejarah dengan meluluskan secara prinsipalnya tanah seluas 1000 hektar kepada 9 buah sekolah ini untuk tujuan aktiviti pertanian dan janaan kos pentadbiran sekolah.

Namun, yang sedihnya isu ini telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang masih belum insaf daripada tsunami politik 308. Menteri Pendidikan telah mendakwa bahawa kerajaan Negeri haruslah adil kepada semua saluran sekolah dan bukannya sekadar menjadi “gula-gula” bagi sekolah persendirian Cina. Sejak bilakah pemberian tanah seluas 1000 hektar ini menjadi suatu “gula-gula”? Sebab kenapa pemberian tanah ini adalah mudah dan simple, dengan izin, iaitu kerajaan sepanjang masa ini telah gagal mengiktirafkan kedudukan sekolah-sekolah persendirian cina di Negara ini yang mampu melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan ia terpaksa mencari jalan untuk menampung kos harian sendiri. Kerajaan Perak sekadar memberikan bantuan kepadanya kerana terdapat keperluan untuk membantu. Tindakan ini merupakan suatu cara penyelesaian jangka panjang dalam membantu sekoalh-sekolah ini.

Dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri hanya membantu sekolah persendirian Cina jelas dibuktikan salah, apabila YAB Menteri Besar mengumumkan pemberian sebanyak 1000 hektar tanah kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat. Ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Perak bukannya satu kerajaan yang berunsurkan agama atau perkauman, tetapi suatu Kerajaan yang berteraskan Rakyat.

Telah sampailah masa bagi semua pihak, termasuk ahli-ahli politik yang duduk di sebelah sini dan sana, berhenti untuk mengkomenkan sesuatu isu atas dasar perkauman, membuat keputusan atas dasar perkauman. Tanggalkanlah cermin mata yang berunsur perkauman. Pada hari ini, Lious Hamilton telah mampu memenangi juara dunia F1, Barrack Obama telah boleh diterima sebagai Presiden US, di manakah kita? Sudahlah 51 kita bebas daripada jajahan British, sudahlah 51 kita sama-sama menyumbang kepada Negara yang tercinta ini, sampailah masa kita semua berbangga atas identity kita sebagai seorang Rakyat berbangsa Malaysia.

Tuan yang Dipertua,
Disamping meneruskan usaha-usaha untuk memajukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara kita yang tercinta ini, saya berasa gembira kerana Kerajaan Perak telah menubuhkan Urus Setia Hal Ehwal Bukan Islam dan diberikan peruntukkan sebanyak RM2 juta. Ini sekali lagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Neheri dalam menangani isu berkenaan Agama bukan Islam di Negeri ini. Namun, saya berharap pada masa yang akan datang, peruntukkan sebanyak RM2 juta ini dapat dipertigkatkan lagi mengikut laporan Urus Setia tersebut dan juga keperluan yang dibangkitkan.

1 comment:

Anonymous said...

i'm gonna make my own site about it