Saturday, November 21, 2009

Berikut merupaka resolusi yang dicadangkan oleh Jawatankuasa DAP Negeri Perak untuk Konvensyen Tahunaan DAP ke-15 seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Publicitinya, YB Wong Kah Woh dalam satu siding akhbar bersama YB Nga Kor Ming.

Satu Hitam Perak

1. MENGECAM tindakan Barisan Nasional dalam rampasan kuasa Negeri Perak yang berlaku di bulan Februari 2009 yang menyebabkan krisis perlembagaan yang berlarutan dan kelumpuhan Dewan Negeri Perak DAN MENDESAK Barisan Nasional menghormati pilihan Rakyat untuk membubarkan Dewan Negeri Perak dan kembalikan kuasa Rakyat.

2. MENGECAM tindakan Polis Diraja Malaysia yang telah menjadi peralatan Barisan Nasional Perak dalam melumpuhkan sistem demokrasi di Negeri Perak dengan beberapa kali menghalang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat daripada memasuki Dewan UNegeri Perak khasnya pada 03.03.2009 dan 02.09.2009 dan MENDESAK Peguam Negara mendakwa anggota polis yang bersalah di Mahkamah.

3. MENGECAM tindakan Polis Diraja Malaysia yang melampaui kuasa yang telah menangkap lebih daripada 100 Pemimpin Pakatan Rakyat dan Rakyat Jelata sejak berlakunya krisis perlembagaan Negeri Perak khasnya memasuki Dewan Negeri Perak dan mengheret keluar Tuan Pengetua Dewan Negeri Perak, YB V. Sivakumar.

4. MENGUTUK tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah melampaui kuasa dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang kakitangan awam dengan adil dan membantu Barisan Nasional Perak dalam rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak dan MENGESA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

Keadilan untuk Beng Hock

5. TAKZIAH kepada keluarga Sdr. Teoh Beng Hock yang telah meninggal dunia semasa dalam kawalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan MENDESAK Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Sdr. Teoh Beng Hock dan menegakkan keadilan untuk Rakyat.


Politik, Ekonomi, Pendidikan dan Agama

6. BERIKRAR untuk mempertahankan perjuangan parti berlandaskan falsafah demokratik social dan visi Malaysian Malaysia dan komited untuk merealisasikannya menerusi urustadbir yang baik dan beretika dan melalui pengubalan undang-undang, politik dan program oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.

7. MENYOKONG prinsip 5K Pakatan Rakyat, iatu Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah Pakatan Rakyat.

8. MENYERU Kerajaan Pusat menunaikan konsep 1 Malaysia dan dengan segera melaksanakan polisi-polisi yang adil, saksama tanpa mengira kaum untuk kebaikan semua Rakyat Malaysia.

9. MENYERU Kerajaan Pusat untuk mengambil tindakan drastic dalam mengupah kakitangan bukan Melayu memandangkan isu berkenaan dengan ketidakseimbangan kaum di sector perkhidmatan awam adalah amat serius.

10. MENYERU Kerajaan Pusat untuk mejalankan siasatan terbuka terhadap kes-kes yang melibatkan kematian tembakan controversial pihak polis memandangkan terdapat dakwaan bahawa penggunaan keganasan oleh pihak polis adalah tidak munasabah.

11. MENGUTUK penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 oleh Kerajaan BN dan MENDESAK Kerajaan untuk melepaskan kesemua tahanan ISA atau menghadap mereka ke Mahkamah untuk suatu perbicaraan yang adil.

12. MENDESAK Kerajaan Pusat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Percetakan dan Pernerbitan serta Akta Kolej dan Universiti demi menepati intipati Demokrasi dan Konsep Keadilan.

13. BERUSAHA meningkatkan prestasi perkhidmatan Kerajaan Tempatan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dan melaksanakan Agenda Tempatan 21 yang mana suara Rakyat akan menjadi kayu ukur yang penting dalam pelaksanaan polisi-polisi.

14. MENYERU Kerajaan Pusat Barisan Nasional memulihkan semula kempen rapat umum (public rally) dan memberikan layanan adil dan saksama kepada semua parti politik tanpa diskriminasi.

15. BERUSAHA menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik dan NGO.

16. MENYERU Kerajaan Barisan Nasional berhenti memberatkan lagi beban dan tanggungan Rakyat dalam Bajet 2010 dengan mengenakan cukai keuntungan hartanah dan cukai kad kredit.

17. MENYERU Kerajaan Persekutuan untuk meminda Akta Pendidikan 1996 supaya menjamin kedudukan kesemua sekolah jenis kebangsaan di Negara ini.

18. MENDESAK Kerajaan Pusat untuk mengiktirafkan Sijil Unified Exam Sekolah Persendirian Cina supaya memastikan lebih ramai Rakyat Malaysia menetap dan menyumbang kepada tanah air yang tercinta ini.

19. MENGESA Kerajaan Pusat Barisan Nasional menghormati hak kebebasan menganut agama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Polisi Pakatan Rakyat

20. MENGESAL kegagalan Barisan Nasional Perak meneruskan polisi-polisi baik Pakatan Rakyat dan menyebabkan pemberian tanah untuk SUWA dan Sekolah Agama dan juga pemberian tanah kepada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil tidak dapat dilaksanakan.

21. MENGESAL kegagalan Barisan Nasional Perak meneruskan polisi-polisi baik Pakatan Rakyat dan menyebabkan pemberian hakmilik kekal untuk Rancangan Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina tidak dapat dilaksanakan.

22. MENYOKONG pendirian Pakatan Rakyat Perak untuk memberikan pembaharuan otomatik Geran tanah sekurang-kurangnya selama 99 tahun untuk tanah-tanah perusahaan, pertanian dan perumahan (jenis pajakan) dengan bayaran premium yang munasabah dan tidak membebankan Rakyat.

23. MENYOKONG Pakatan Rakyat Perak untuk meneruskan polisi pemberian tanah untuk menampung keperluan golongan bukan Islam, kuil dan gereja.


Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

24. KECEWA bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2009 yang diumumkan oleh Transparency International jatuh dari tempat 47 ke 56 iaitu satu kedudukan yang paling rendah dalam masa 15 tahun yang lepas dan MENGESA supaya satu Suruhanjaya Pencegah Rasuah yang bebas daripada sebarang cengaram politik dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen ditubuhkan.

25. MENGUTUK tindakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang telah gagal menjalankan tugasnya dengan bebas dan menjadi peralatan Barisan Nasional dalam memulakan siasatan-siasatan yang tidak berasas dan mala fide terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha membantu Barisan Nasional untuk menjatuhkan Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Perjuangan berlandaskan Rakyat

26. MENGUTUK tindakan Barisan Nasional Perak yang bertujuan untuk memanfaatkan syarikat-syarikat kroni dengan penerimapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 tanpa mempertimbangkan kepentingan Rakyat dan menyebabkan Rakyat mungkin akan menghadapi “Cukai Taksiran Ketiga” selepas bayaran pembetungan yang dikenakan oleh Indah Water Konsortium.

27. MENGUTUK tindakan Indah Water Konsortium yang mengambil tindakan Mahkamah terhadap Rakyat yang bertujuan memaksa Rakyat membayar caj pembetungan tanpa sebaranag bukti dikemukakan.

28. MENYERU Kerajaan Persekutuan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menganalisa dan melaksanakan polisi-polisi untuk menjawab isu-isu yang dihadapi oleh rakan-rakan berbangsa India di Malaysia.

29. MENYOKONG keputusan Pakatan Rakyat Perak untuk memberikan peruntukkan khas sebanyak RM5 juta setahun untuk membantu golongan kaum India yang mempunyai keperluan dan miskin.

30. MENYOKONG rancangan Pakatan Rakyat Perak untuk memberikan tanah untuk tujuan kediaman kepada mereka yang tidak mempunyai rumah khasnya rakan-rakan India di estet dan mereka yang tinggal di rumah setinggan.




No comments: