Wednesday, June 25, 2008

Blogging from the State Assembly

I have just only raised two supplementar questions in the Dewan:-

"Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Penasihat dalam pemilihan dan pelantikan ahli-ahli majlis kerajaan tempatan. 30% daripada Ahli majlis juga dibuka kepada orang ramai untuk membuat permohonan dan ini adalah sejajar dengan peruntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Syabas kepada Kerajaan Negeri dan ini merupakan satu usaha yang baik untuk memupuk nilai-nilai demokrasi di negara ini apabila Kerajaan Pusat enggan melaksanakan pilihanraya keajaan tempatan.

Soalan Tambahan saya, apakah kriteria pemilihan ahli kepada Lembaga Penasihat tersebut dan samaada Kerajaan Negeri akan meneruskan sistem pelantikan ini?"


"Saya mendapati sekiranya jumlah 8 juta yang dibelanjakan dibahagikan dengan 59 kawasan DUN, setiap DUN dibelanjakan lebih daripada RM130,000.00 dalam masa 3 bulan yang singkat. Ini adalah suatu perkara yang amat luar biasa. Isu akan dibangkitkan samaada perntukkan-peruntukkan tersebut habis digunakan kerana pilihanraya 2008 telah menjelang. Akan tetapi, Ahli-Ahli BN telah dalam media menyatakan ia adalah suatu perkara biasa.

Soalan Tambahan saya, samaada keadaan ini, iaitu perbelanjaan sebanyak 8 juta dalam masa kurang daripada 3 bulan ini, turut berlaku untuk tahun-tahun bukan pilihanraya seperti 2005, 2006 dan 2007?"

No comments: