Saturday, May 02, 2009

PA ADUN Kuala Kurau Diserang

GEMPAR ! Terkini jam 10.00 PM : PA ADUN Kuala Kurau diserang orang tidak dikenali dengan corta dan parang

KUALA KURAU : Pegawai Khas (PA) ADUN (PKR) Kuala Kurau, Sdr. Adnan (gambar) telah diserang oleh sekumpulan lelaki berkenderaan 3 buah kereta dengan senjata cotra dan parang di kedai makan di hadapan Pejabat ADUN di sini malam ini.Pada jam 9.38 tadi saya menerima berita dari satu SMS yang dikirim oleh seorang ahli PAS Tanjung Piandang yang berada ditempat kejadian. Pengesahan juga saya perolihi dari ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari sebentar tadi.Dari maklumat awal yang diperolihi pihak kami masih tidak dapat mengenal pasti motif serangan tersebut.Selain itu maklumat yang disampaikan sebentar tadi memaklumkan mangsa dapat diselamatkan dan diletakkan ditempat yang dirahsiakan . Kecederaan masih belum dikenal pasti setakat ini.

1 comment:

Howard Lee said...

Terima Kasih kepada Saudara dari PAS yang mengemparkan berita ini yang amat merisaukan, bukan sahaja kepada aktivis-aktivis dan pejuang-pejuang di dalam bidang politik pembangkangan BN, tetapi kepada setiap warganegara Malaysia.

Faktor utama yang kita mesti mempertimbangkan sekarang, sebelum pengenalan-pasti motif serangan tersebut, dan juga tahap kecederaan (bagaimana serius), adalah pengidentifikasi pihak-pihak yang berpotensi terlibat dalam pemesanan serangan yang amat ganas ini.

Saya Cuma harap, dengan sepenuh-penuhnya, bahawa serangan ini bukan sesuatu pengerakan strategik politikal yang dihasutkan oleh pihak BN.

Semoga Saudara Adnan akan dikembalikan kepada perjuangan dan jawatan beliau secepat mungkin dan pihak terlibat akan ditangkap dan dihukum secukup-cukupnya!