Thursday, November 13, 2008

Blogging from Dewan: Supplementary Question on Perdana V6

Answer from the State Government: Total maintenance for EXCO Proton V6 from 2004-2007 = RM1.07 million !!!

Saya berasa amat terkejut melihat kerajaan dahulu membelanjakan jumlah kos yang begitu tinggi untuk menyelenggarkan kereta-kereta Proton. Saya lagi terkejut apabila bekas Menteri Besar sebelum ini dalam Dewan yang mulia ini begitu ghairah megutuk Kerajaan hari ini apabila Kerajaan ingin menukarkan model kereta rasmi dari Proton Perdana kepada Toyota Camry, seperti seorang hero yang mempertahankan kereta Proton, sedangkan Kerajaan dulu di bawah pimpinan beliau sendiri menggunakan wang Rakyat untuk membeli kereta Mercedez Benz model ML 320 yang begitu mewah.

Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menukar kerera Proton yang menelan kos penyelenggaraan yang begitu mahal? Mengikut arahan perbendaharaan, kereta-kereta rasmi kerajaan harus ditukar apabila genap tempoh 5 tahun supaya keselamatan dif-dif kerajaan akan terjamin, mengapa kerajaan negeri tidak melakukan demikian walaupun kereta kini yang dipakai sudah uzur?

No comments: